
Jul 7, 2020
Salam sejahtera,
Tuan/Puan,
Semakan yang dibuat, Notis pertama pemotongan nama syarikat XX SDN. BHD. telah dikeluarkan pada 15.1.2020
Pembelian imej notis pertama boleh diperolehi di:-
a. E-info https://www.ssm-einfo.my/
b. MYDATA https://www.mydata-ssm.com.my/
Untuk makluman, pihak SSM hanya mengeluarkan 1 (satu) Notis sahaja bagi Pemotongan Nama Syarikat menurut Seksyen 551(1) Akta Syarikat 2016. Notis 308(2) - (4) tidak lagi dipraktikkan.
Sebarang bantahan/ penarikan semula perlu dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis 551(1). Jika tiada sebarang bantahan diterima, notifikasi akan disiarkan dilaman sesawang SSM http://www.ssm.com.my/en/notification_308_550
Apabila tarikh gazette diumumkan, pihak syarikat boleh membeli maklumat syarikat di mana status syarikat akan bertukar menjadi "DISSOLVED".
Pemberitahuan status syarikat kepada pihak ketiga menggunakan maklumat syarikat adalah mencukupi.
Gazette/ Warta Kerajaan boleh didapati dari Percetakan Negara Berhad http://www.printnasional.com.my/ selepas 30 hari Notis dikeluarkan. Penyimpanan Gazette/ Warta Kerajaan bukan di bawah seliaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
#eurogain #eurogainsecta #eurogainsectajalanipoh #eurogainsectasdnbhd #secretary #companysecretary #comsec #cosec