
Jun 30, 2020
Garis Panduan Mengenai Duti Setem Ke Atas Suratcara Pindah Milik Saham Bagi Saham Dalam Syarikat Yang Tidak Tersenarai Di Bursa Malaysia Berhad (Pindaan) – Lembaga Hasil Dalam Negeri
Menurut Garis Panduan ini, pindaan ke atas kaedah-kaedah Garis Panduan 2001 adalah bersesuaian dengan keadaan semasa dan juga berdasarkan kes undang-undang yang berkaitan.
PERUBAHAN UTAMA:
• Penggunaan Nilai PAR dikeluarkan daripada kaedah pengiraan berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Pemungut Duti Setem, Pulau Pinang v. Malaysia Smelting Corporation Bhd [2012] 5 CLJ 273 bertarikh 9 Februari 2012. Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Nilai PAR bukan nilai sebenar saham pada tarikh pindah milik tetapi ia adalah nilai saham pada tarikh pertama kalinya saham tersebut diterbitkan.
• PER juga dimansuhkan kerana nisbah yang digunakan dalam Garis Panduan 2001 adalah berdasarkan nisbah yang ditetapkan oleh Capital Issue Committee (“CIC”) dalam jangka masa yang agak lama. CIC telah digantikan dengan SC dan SC tidak menetapkan sebarang nisbah yang perlu dirujuk oleh sebarang industri atau perniagaan.
KAEDAH-KAEDAH YANG MASIH DIKEKALKAN:
i. NTA; atau
ii. balasan(consideration)
#dutisetem #secretary #companysecretaries #comsec #lhdn #eurogain #eurogainsecta #eurogainsectajalanipoh #eurogainsectasdnbhd